MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Forum Space for Everyone, Everyday: How Space Impacts Daily Lives in Southeast Asia telah berlangsung pada 3 Februari 2026 di Marina Bay Sands, Singapura, bersempena Space Summit 2026. YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah dijemput sebagai ahli panel forum ini. Penyertaan dalam program ini adalah selari dengan Teras 5 Dasar Angkasa Negara 2030 iaitu Meningkatkan dan Mengukuhkan Kerjasama serta Jaringan Antarabangsa.
.
Teknologi angkasa memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan seharian dan pembangunan sosioekonomi di Asia Tenggara, merangkumi navigasi dan logistik, ramalan cuaca, keterhubungan digital, perkhidmatan kewangan, keselamatan makanan, keselamatan maritim serta pengurusan bencana.
Keupayaan teknologi angkasa juga kritikal dalam menangani cabaran rentas sempadan serantau, termasuk pemantauan jerebu akibat kebakaran hutan dan pengukuhan keselamatan perairan.
.
Tumpuan strategik perlu diberikan kepada pembangunan ekosistem serantau, perkongsian data, pembangunan kapasiti serta pengukuhan kerjasama ASEAN. Pertumbuhan terbesar bagi negara-negara Asia Tenggara terletak pada pasaran hiliran, iaitu integrasi, analisis dan aplikasi data angkasa yang menyokong pengurusan perkhidmatan awam dan perniagaan.
.
Forum ini turut menampilkan barisan panel iaitu Profesor Dr. Erna Sri Adiningsih (Indonesian Space Agency – INASA); Ms. Tiana Desker (Office for Space Technology & Industry, Singapore – OSTIn) ; Dr. Gay Jane Perez (Philippine Space Agency – PhilSA); Dr. Siriluk Prukpitikul (Geo-Informatics and Space Technology Development Agency, Thailand – GISTDA), serta moderator Mr. Hamza Hameed (Access Partnership).
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
πŸŒŽπŸ“‘πŸ”­πŸš€πŸ›°οΈ
Skip to content