Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Lyrids mulai 18 hingga 25 April 2022. ๐๐ฒ๐บ๐๐ป๐ฐ๐ฎ๐ธ ๐๐๐ท๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐๐๐ฟ๐ถ๐ฑ๐ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ธ๐ ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฎ๐๐ฎ๐น ๐ฝ๐ฎ๐ด๐ถ ๐ฎ๐ฏ ๐๐ฝ๐ฟ๐ถ๐น ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฝ๐๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ ๐ญ๐ด ๐บ๐ฒ๐๐ฒ๐ผ๐ฟ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ ๐ท๐ฎ๐บ. Walau bagaimanapun kenampakan hujan meteor tersebut dijangka kurang baik disebabkan gangguan bulan fasa suku akhir semasa kemuncak Hujan Meteor Lyrids berlaku.
.
Hujan Meteor Lyrids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra Walau bagaimanapun dan kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.
.
Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
๐ก๐ผ๐๐ฎ ๐ธ๐ฎ๐ธ๐ถ:
Lyra ialah buruj kecil atau sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan alat muzik bertali berbentuk seperti harp. Lyra dikelilingi oleh buruj Draco, Hercules, Vulpecula dan Cygnus.
Komet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.