MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-04-15)
header 01 1
Hujan Meteor Lyrids
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Lyrids mulai 18 hingga 25 April 2022. ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ ๐—›๐˜‚๐—ท๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—Ÿ๐˜†๐—ฟ๐—ถ๐—ฑ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—บ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ท๐—ฎ๐—บ. Walau bagaimanapun kenampakan hujan meteor tersebut dijangka kurang baik disebabkan gangguan bulan fasa suku akhir semasa kemuncak Hujan Meteor Lyrids berlaku.
.
Hujan Meteor Lyrids merujuk kepada titik kemunculan hujan meteor di langit iaitu di kawasan buruj Lyra Walau bagaimanapun dan kemunculannya masih boleh berlaku dari pelbagai arah. Fenomena ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari merentasi laluan orbit Komet C/1861 G1 atau lebih dikenali sebagai Komet Thatcher.
.
Komet Thatcher dianggarkan mengambil masa selama 415 tahun untuk melengkapkan orbitnya. Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut. Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
๐Ÿ”นLyra ialah buruj kecil atau sekumpulan bintang yang kedudukannya berlambangkan alat muzik bertali berbentuk seperti harp. Lyra dikelilingi oleh buruj Draco, Hercules, Vulpecula dan Cygnus.
๐Ÿ”นKomet ialah jasad cakerawala yang beredar mengelilingi Matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.
Skip to content