Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya Matahari telah dibiaskan dan dipantulkan ketika melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat di dalam awan sirus dan menghasilkan suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari. Bahagian dalam lingkaran berwarna merah manakala bahagian luar lingkaran pula berwarna biru atau ungu menurut urutan warna pelangi. Fenomena ini juga dikenali sebagai halo 22 darjah (22-degree halo) disebabkan saiz sudut (angular size) gegelung yang terbentuk adalah sekitar 22 darjah.