MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-11-06)
Fenomena Gerhana Matahari Separa pada 25 Oktober 2022
Fenomena Gerhana Matahari Separa pada 25 Oktober 2022
Fenomena Gerhana Matahari Separa pada 25 Oktober 2022
Fenomena Gerhana Matahari Separa akan berlaku pada 25 Oktober 2022 mulai jam 16:58:19.9 dan berakhir pada 21:02:15.7 waktu Malaysia. Fenomena tersebut ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ tetapi boleh dilihat di Eropah, bahagian timur laut Afrika, bahagian timur tengah dan barat Asia.
.
Fenomena Gerhana Matahari Separa ini berlaku pada 4.2 hari sebelum Bulan berada pada kedudukan perigee, iaitu titik orbit Bulan yang berada pada kedudukan terdekat dari Bumi dengan jarak 368,287km. Magnitud Gerhana Matahari Separa kali ini adalah 0.8619. Gerhana maksimum pada 25 Oktober 2022 ini akan berlaku di hemisfera utara pada koordinat 61ยฐ 38′ 55.6″ U, 77ยฐ 20′ 44.7″ T apabila 82.11% permukaan Matahari diliputi oleh Bulan (eclipse obscuration).
.
Laluan Gerhana Matahari Separa (Lintasan Bayang Penumbra Bulan) ini akan bermula dari Iceland ke Rusia dan berakhir di Laut Arab.
.
Rakyat Malaysia tidak dapat menyaksikan fenomena gerhana ini kerana laluan bayang-bayang penumbra Bulan tidak melalui mana-mana kawasan di Malaysia pada waktu tersebut.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ–ช๏ธMagnitud gerhana (Eclipse magnitude) adalah pecahan diameter sudut (angular diameter) Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
โ–ช๏ธEclipse obscuration adalah pecahan kawasan Matahari yang diliputi oleh Bulan. Dinyatakan dalam peratus atau pecahan perpuluhan (contoh: 50% atau 0.50).
โ–ช๏ธGerhana Matahari (Solar eclipse) berlaku apabila kedudukan Bulan terletak di antara Bumi dan Matahari lalu menutup cahaya Matahari sama ada separa atau sepenuhnya.
Skip to content