MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2023-12-26)
Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) dibangunkan bertujuan untuk membina keupayaan negara dalam sektor angkasa bagi menyokong pembangunan ekonomi dan kemajuan ilmu untuk kesejahteraan rakyat. Dasar ini selari serta saling melengkapi dengan dasar sedia ada negara iaitu Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan Malaysian Aerospace Industry Blueprint 2030.
.
Sebanyak lima (5) teras telah digariskan dalam DAN2030 yang berperanan untuk mencapai visi iaitu sektor angkasa sebagai penyumbang strategik kepada kedaulatan dan daya saing negara.
.
Sepanjang tempoh pewujudan DAN2030 dari tahun 2017 sehingga kini, komitmen dan kesungguhan negara dalam membangunkan sektor angkasa negara telah dibuktikan melalui perancangan dan pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif oleh kerajaan khususnya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Skip to content