Cerapan hilal bagi penentuan awal Ramadan 1446H telah diadakan pada 28 Februari 2025, bertempat di Pemandangan Indah, Langkawi. Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia. Cerapan rasmi ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Mufti Negeri Kedah.
.
Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merupakan anggota di bawah Jawatankuasa Teknikal Cerapan Hilal yang telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah telah turut serta dalam program cerapan ini. MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop.