Sistem MakGeoPadi – sistem aplikasi teknologi angkasa kerjasama MYSA, MOSTI dan Jabatan Pertanian, KPKM telah dioperasikan di 12 jelapang padi seluruh Malaysia.
Sistem telah mendapat pengiktirafan antarabangsa – Anugerah Kecemerlangan Geospatial Dunia 2023 (Kategori Pertanian dan Keterjaminan Makanan)
Imej satelit membantu Jabatan Pertanian dan pesawah memantau kawasan tanaman padi secara berkala pada setiap musim penanaman.
Banyak faedah diperolehi menerusi teknologi angkasa.
MYSA akan terus komited bekerjasama dengan mana-mana agensi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.