MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

BULAN PENUH PERIGEE PADA 4 DISEMBER 2025
TM A BULAN PENUH PERIGEE PADA 4 DISEMBER 2025
Bulan beredar mengelilingi Bumi dalam orbit elips atau sedikit bujur. Oleh itu, jarak Bulan dari Bumi (pusat-ke-pusat) sentiasa berubah antara jarak paling dekat sekitar 356,832 km (perigee) sehingga 406,692 km iaitu jarak paling jauh (apogee).
 
Imej fasa bulan penuh ini menunjukkan Bulan Penuh Perigee terakhir bagi tahun 2025 dengan jarak di posisi perigee adalah 356,961 km yang telah dirakam dengan menggunakan sistem teleskop di Observatori Negara Langkawi pada jam 11.15 malam, 4 Disember 2025.
 
Semasa bulan penuh perigee ini, bulan kelihatan sehingga 7% lebih besar dan 16% lebih terang daripada Bulan penuh biasa.
 
Skip to content