MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-12-16)
TM2022 69
TM2022 69A
Buruj ialah gugusan bintang yang kelihatan berdekatan (walaupun jarak sebenar antara bintang-bintang tersebut adalah sangat jauh) yang membentuk corak tertentu yang menarik di langit pada waktu malam apabila kita melihatnya dari Bumi. Sehingga kini, terdapat 88 buruj yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa. Asterisma pula merupakan corak bintang yang mudah dikenali dari Bumi dan boleh menjadi sebahagian daripada satu atau lebih buruj. Salah satu contoh asterisma ialah Big Dipper yang merupakan sebahagian daripada buruj Ursa Major.
.
Imej Big Dipper ini telah dirakam oleh pegawai MYSA di Langkawi pada 30 November 2022 jam 6:12 pagi. Big Dipper atau dikenali Biduk atau Jong adalah salah satu bentuk bintang yang biasa kelihatan di langit utara dan merupakan alat navigasi yang berguna. Ia diberi nama sempena bentuknya yang menyerupai gayung atau senduk bersama tangkainya dan “biduk”, iaitu sejenis perahu punggahan ataupun jong. Ia merupakan asterisma yang dibentuk oleh tujuh bintang terang dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama, iaitu Alkaid (Eta Ursae Majoris), Mizar (Zeta Ursae Majoris), Alioth (Epsilon Ursae Majoris), Megrez (Delta Ursae Majoris), Phecda (Gamma Ursae Majoris), Dubhe (Alpha Ursae Majoris), dan Merak (Beta Ursae Majoris).
.
Polaris pula dikenali sebagai bintang utara atau bintang kutub yang terletak hampir dengan kutub utara langit. Nama itu diberi kerana sekiranya anda berada di kutub utara, bintang tersebut akan berada hampir tepat di atas kepala dan kelihatan statik, sementara bintang yang lain berputar melawan arah jam di sekelilingnya. Untuk mencerap Polaris, anda hanya perlu mencari bintang penunjuk Big Dipper, iaitu Dubhe dan Merak. Garis lurus yang menyambungkan bintang Merak dan Dubhe dari Big Dipper sentiasa menunjukkan ke arah utara dan bintang yang terang kelihatan adalah Polaris.
.
Polaris paling mudah untuk dilihat dari hemisfera utara Bumi kerana cahaya yang dipancarkan oleh bintang tersebut amat terang, iaitu 2500 kali lebih terang berbanding dengan cahaya Matahari. Polaris mempunyai diameter 50 kali ganda dari Matahari dan berjisim 4.5 kali ganda dari Matahari. Memandangkan jaraknya yang jauh dari Bumi, iaitu kira-kira 430 tahun cahaya dari Bumi, maka cahaya yang sampai ke Bumi adalah tidak seterang cahaya Matahari.
.
๐—ก๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ:
โ€ข Tahun cahaya ialah jarak atau jauh yang dilalui oleh cahaya dalam satu tahun. 1 tahun cahaya bersamaan dengan 9.46055 x 10^15 meter.
โ€ข Big Dipper ialah sekumpulan bintang di dalam buruj Ursa Major yang mengandungi tujuh bintang yang cerah dan hampir kesemuanya mempunyai magnitud yang sama. Bintangnya ialah Alioth, Dubne, Alcaid, Mizar, Phecda dan Megrez.
โ€ข Ursa Major ialah sejenis buruj di langit utara yang dikenali โ€œGreater Bearโ€ atau beruang besar.
Skip to content