MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-02-21)
YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah berkongsi mengenai Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 yang dikenali sebagai Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) meliputi perancangan, pencapaian semasa, cabaran dan manfaat kepada negara pada temu bual pogram Bicara Naratif, 20 Februari 2024.
.
Pelaksanaan MSE2030 adalah jelas bagi memperkasakan ekosistem sektor angkasa negara merangkumi aspek pembangunan dan penyelidikan serta pengkomersialan dan inovasi. MSE2030 ini adalah sebagai panduan kepada semua pihak terutamanya pihak industri untuk bersama-sama Kerajaan menggerakkan usaha ke arah membangunkan ekosistem ekonomi angkasa negara yang mampan dan berdaya saing bagi menyumbang sekurang-kurangnya 1% atau RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan mewujudkan sehingga 5,000 peluang pekerjaan baharu serta meletakkan Malaysia di tangga ketiga teratas di rantau Asia Tenggara dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi angkasa.
.
Antara penumpuan utama MSE2030 pada tahun 2024 ialah Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) menerusi inisiatif Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP), Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) bagi Program Pembangunan Bandar Angkasa (Space City) dan Program Pembangunan Kemudahan Pelancar di Malaysia serta penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan, Perundangan dan Polisi Angkasa (Space Law).
.
YBrs. KP turut berkongsi mengenai 55 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan dan dimanfaatkan oleh lebih 90 agensi pengguna Kerajaan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perhutanan, alam sekitar dan kesihatan persekitaran.
Skip to content