MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-07-01)
Aphelion

Orbit Bumi mengelilingi Matahari berbentuk elips menyebabkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, Bumi akan melalui titik perihelion (jarak paling dekat antara Bumi dan Matahari) dan aphelion (jarak paling jauh antara Bumi dan Matahari) sekali setiap tahun.

.
Perihelion dan aphelion berlaku disebabkan oleh orbit Bumi yang โ€œtidak sempurna bulatโ€ ataupun dikatakan berbentuk elips dengan nilai keeksentrikannya 0.017. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menandakan orbit elips.

.
Pada tahun ini, Bumi ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต melalui titik perihelion pada ๐Ÿฐ ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ jam 2:52 petang waktu Malaysia dengan jarak ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿณ,๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฑ,๐Ÿฌ๐Ÿฑ๐Ÿฎ๐—ธ๐—บ dari Matahari dan ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป melalui titik aphelion pada ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ jam 3:10 petang waktu Malaysia dengan jarak ๐Ÿญ๐Ÿฑ๐Ÿฎ,๐Ÿฌ๐Ÿต๐Ÿด,๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฑ๐—ธ๐—บ dari Matahari, iaitu dua minggu selepas Solstis Jun (21 Jun). Fenomena perihelion dan aphelion berlaku setiap tahun berikutan peredaran Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips dan tidak akan memberi sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di Bumi.

.
Nota Kaki:
– ๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฐ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ฐ๐—ถ๐˜๐˜† adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips.

.
Sumber Rujukan:
โ€ขย https://www.timeanddate.com/…/perihelion-aphelion…

.
#MYSAย #MOSTIย #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysiaย #merakyatkansainsย #menginsankanteknologi

.

Skip to content