MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2022-07-01)
Aphelion

Orbit Bumi mengelilingi Matahari berbentuk elips menyebabkan jarak antara Bumi dan Matahari sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, Bumi akan melalui titik perihelion (jarak paling dekat antara Bumi dan Matahari) dan aphelion (jarak paling jauh antara Bumi dan Matahari) sekali setiap tahun.

.
Perihelion dan aphelion berlaku disebabkan oleh orbit Bumi yang “tidak sempurna bulat” ataupun dikatakan berbentuk elips dengan nilai keeksentrikannya 0.017. Nilai keeksentrikan 0 menunjukkan orbit bulatan sempurna manakala nilai antara 0 dan 1 menandakan orbit elips.

.
Pada tahun ini, Bumi 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 melalui titik perihelion pada 𝟰 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 jam 2:52 petang waktu Malaysia dengan jarak 𝟭𝟰𝟳,𝟭𝟬𝟱,𝟬𝟱𝟮𝗸𝗺 dari Matahari dan 𝗮𝗸𝗮𝗻 melalui titik aphelion pada 𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 jam 3:10 petang waktu Malaysia dengan jarak 𝟭𝟱𝟮,𝟬𝟵𝟴,𝟰𝟱𝟱𝗸𝗺 dari Matahari, iaitu dua minggu selepas Solstis Jun (21 Jun). Fenomena perihelion dan aphelion berlaku setiap tahun berikutan peredaran Bumi mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips dan tidak akan memberi sebarang kesan yang signifikan kepada penduduk di Bumi.

.
Nota Kaki:
– 𝗞𝗲𝗲𝗸𝘀𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗲𝗰𝗰𝗲𝗻𝘁𝗿𝗶𝗰𝗶𝘁𝘆 adalah ukuran pemanjangan sesebuah elips.

.
Sumber Rujukan:
• https://www.timeanddate.com/…/perihelion-aphelion…

.
#MYSA #MOSTI #ONL
#BekerjaBersamaRakyat
#KeluargaMalaysia #merakyatkansains #menginsankanteknologi

.

Skip to content