
Berteraskan teknologi angkasa meliputi :

Teknologi Penderiaan Jauh (Remote Sensing)

Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];

Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; Dan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].

Tujuan: Pemantauan kawasan pentadbiran MPK yang lebih menyeluruh, berkala dan berketepatan tinggi. Sistem menyediakan maklumat/data yang lebih tepat berkaitan projek pembangunan dan infrastruktur, pelesenan, percukaian, perancangan bandar, pengindahan landskap, kawalan persekitaran dan keselamatan.

Penggunaan imej satelit beresolusi sangat tinggi pelbagai sensor termasuk Pleiades Neo (0.3m), WorldView (0.31m), Pleiades (0.5m), SPOT-6 (1.5m) dan juga imej dron.

Kajian keberkesanan: Sistem ini mampu menjimatkan masa operasi antara 50% hingga 75% berbanding kaedah manual, meningkatkan tahap ketepatan sehingga 95% dan mengurangkan kos operasi sekurang-kurangnya 25%.