LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) turut menyertai Program Karnival Aspirasi Pahang 1st Peringkat Daerah Cameron Highlands Tahun 2026 sebagai pempamer bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH), Tanah Rata yang berlangsung dari 13 hingga 15 November 2026.
 
Menerusi reruai pameran ini, MYSA mengetengahkan Sistem Pemantauan dan Pembangunan Tanah Cameron Highlands (SPTCH) yang memanfaatkan teknologi penderiaan jauh satelit dan sistem maklumat geografi (GIS) bagi menyokong pengurusan guna tanah serta pemuliharaan alam sekitar secara lebih sistematik dan mampan di kawasan tanah tinggi.
 
Inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung ini menjadi platform terbaik buat MYSA dalam mendekatkan aplikasi sains dan teknologi angkasa secara langsung kepada masyarakat setempat.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content