LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Saksikan video montaj sorotan pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) Tahun 2026 di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang.
 
Kos keseluruhan berjumlah RM500,000.00, menggunakan peruntukan penuh yang disalurkan oleh Kerajaan di bawah inisiatif Kementerian Kewangan (MoF). Skop projek merangkumi pembangunan infrastruktur Pusat Komuniti Kampung (Dewan Terbuka Serbaguna, gelanggang sepak takraw dan taman permainan), pemerkasaan sosioekonomi pertanian (perolehan unit dron pertanian serta mesin pemprosesan padi), dan penganjuran program kemasyarakatan berlandaskan keutamaan serta keperluan sebenar penduduk kampung.
 
Program KAM merupakan salah satu inisiatif nasional yang digagaskan di bawah kerangka Malaysia MADANI untuk memperkasa komuniti melalui pendekatan bersepadu dan inklusif demi manfaat serta kesejahteraan sosioekonomi masyarakat setempat.
 
Skip to content