Ketua Pengarah MYSA, YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah telah dijemput sebagai panelis bagi sesi plenari bertajuk ‘Smart Cities in Action: Driving Urban Transformation through Digital Innovation’ semasa Sarawak Urban Forum 2.0 pada 26 Oktober 2026 di Kuching, Sarawak. Beliau telah menyampaikan pembentangan bertajuk ‘From Space to City: Harnessing Satellite Technologies for Smart City Development’ yang mengetengahkan kepentingan dan peranan teknologi angkasa dalam perancangan serta pembangunan bandar pintar.
Turut dijemput sebagai panelis ialah YBrs. Tuan Omran bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pembangunan), Jabatan Kerajaan Tempatan dan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Sudarnoto Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC). Sesi ini telah dikendalikan oleh YBrs. TPr. Ts. Norliza Hashim, Pengarah Urusan, AJM-Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd.
Sarawak Urban Forum merupakan platform kerjasama, perkongsian pengetahuan, dan penyelesaian bandar yang inovatif ke arah membina bandar yang berdaya tahan serta bersedia untuk masa hadapan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Turut diadakan sesi pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara MYSA dengan DBKU yang disaksikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak semasa Majlis Perasmian Sarawak Urban Forum 2.0