LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), YBhg. Dato’ Haji Azlikamil bin Napiah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Apresiasi Graduasi Kecemerlangan (MAGIK) Pendidikan Khas Peringkat Daerah Sabak Bernam Tahun 2026 pada 22 Oktober 2026 yang berlangsung di Uyin Grand Hall. Sabak Bernam.
 
Penganjuran majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Sekolah Angkat MADANI MYSA dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mustaffa selaku pengelola.
 
Menerusi ucapan perasmian, beliau menegaskan komitmen MYSA untuk menyokong pendidikan inklusif, perkembangan potensi diri, kemahiran vokasional (TVET), serta keusahawanan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan tiada murid yang dipinggirkan.
 
Majlis turut diseri dengan gimik perasmian, tayangan montaj kejayaan, pengisytiharan penyampaian sijil tamat persekolahan, serta penyampaian pelbagai anugerah pencapaian akademik dan kokurikulum.
 
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada semua graduan, penerima anugerah, warga pendidik, serta ibu bapa atas iltizam dan kejayaan yang dilakar.
 
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content