Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Seminar ini merupakan platform bagi negara-negara anggota ASEAN dan pihak berkepentingan yang berkaitan bertukar pengalaman, berkongsi pandangan, serta meneroka peluang kerjasama ke arah aktiviti berkaitan pelancaran angkasa yang bertanggungjawab dan lestari di rantau ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penceramah jemputan, wakil negara ahli ASEAN, barisan pakar , rakan kerjasama antarabangsa, serta semua peserta daripada pelbagai kementerian, agensi dan institusi akademik yang menjayakan seminar ini.