LOGO MYSA MOSTI NEW BI B

MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

TM KALENDAR ASTRONOMI SEPTEMBER 2026
TM A KALENDAR ASTRONOMI SEPTEMBER 2026
TM B KALENDAR ASTRONOMI SEPTEMBER 2026
🔸𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 / 𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan sukuan akhir pada pukul 3:51 petang.
 
🔸𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 368,259 km.
 
🔸𝟭𝟭 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂
Bulan memasuki fasa Bulan baru pada pukul 11:27 pagi.
 
🔸𝟭𝟰 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 𝗭𝘂𝗵𝗿𝗮𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 (𝗟𝘂𝗻𝗮𝗿 𝗢𝗰𝗰𝘂𝗹𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗼𝗳 𝗩𝗲𝗻𝘂𝘀)
Berlaku apabila Bulan (fasa sabit) melintas di hadapan planet Zuhrah dari perspektif pemerhati di Bumi, menyebabkan Zuhrah kelihatan terlindung di sebalik Bulan buat sementara waktu sebelum muncul semula. Zuhrah mula dilindungi oleh Bulan pada 8:37 malam dan muncul semula pada 9:38 malam.
Namun, fenomena ini tidak dapat disaksikan sepenuhnya daripada Kuala Lumpur dan kawasan sekitar kerana Bulan dan Zuhrah akan terbenam pada 9:33 malam.
 
🔸𝟭𝟵 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗹
Bulan memasuki fasa Bulan sukuan awal pada pukul 4:43 pagi.
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗽𝗼𝗴𝗲𝗲
Bulan berada pada kedudukan yang paling jauh dari Bumi, iaitu pada jarak 404,221 km.
 
🔸𝟮𝟯 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗘𝗸𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿
Matahari berada di atas garisan Khatulistiwa dan akan terbit tepat di timur dan terbenam tepat di barat. Fenomena ini menandakan permulaan musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di Hemisfera Selatan. Ketika ini, siang dan malam hampir sama panjang di seluruh Bumi.
 
🔸𝟮𝟲 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗯𝗮𝗹 / 𝗢𝗽𝗽𝗼𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗡𝗲𝗽𝘁𝘂𝗻
Berlaku apabila Bumi berada di antara planet Neptun dan Matahari. Neptun akan disinari sepenuhnya oleh Matahari, menjadikannya paling terang. Waktu ini juga Neptun boleh dilihat sepanjang malam, paling sesuai untuk pencerapan tetapi ia terlalu malap dengan mata kasar dan memerlukan teleskop.
 
🔸𝟮𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲🔸
𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗵 / 𝗣𝘂𝗿𝗻𝗮𝗺𝗮
Bulan memasuki fasa Bulan penuh pada pukul 12:49 tengah malam.
**𝘒𝘢𝘭𝘦𝘯𝘥𝘢𝘳 𝘈𝘴𝘵𝘳𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘫𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘬𝘶𝘵 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘭𝘰𝘬𝘢𝘴𝘪 𝘒𝘶𝘢𝘭𝘢 𝘓𝘶𝘮𝘱𝘶𝘳.
**𝘞𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘬𝘦𝘫𝘢𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘦𝘻𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘬𝘵𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘶𝘭𝘢𝘴𝘪.
.
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
▪️𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗷𝗮𝗯𝗮𝗻 (𝗢𝗰𝗰𝘂𝗹𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻) – Keadaan apabila satu objek di langit kelihatan menutup atau menghalang objek lain yang berada di belakangnya, dari perspektif pemerhati di Bumi.
▪️𝗘𝗸𝘂𝗶𝗻𝗼𝗸𝘀 (𝗘𝗾𝘂𝗶𝗻𝗼𝘅) – Fenomena astronomi apabila Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Tempoh siang dan malam hampir sama Panjang, iaitu hampir tepat 12 jam siang dan 12 jam malam di seluruh Bumi. Ia berlaku dua kali setahun, iaitu pada bulan Mac dan September.
▪️𝗜𝘀𝘁𝗶𝗾𝗯𝗮𝗹 (𝗢𝗽𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗼𝗻) – Istilah falak / astronomi tradisional yang merujuk kepada kedudukan sesuatu planet bertentangan dengan Matahari sebagaimana dilihat dari Bumi. Pada ketika ini, planet tersebut disinari sepenuhnya oleh Matahari dan kelihatan paling terang di langit malam.
Skip to content