MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Bengkel Penilaian Keupayaan Teknikal dan Keperluan Infrastruktur SBAS Nasional menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan daripada Kementerian/ Jabatan/Agensi, institusi akademik dan pakar antarabangsa dalam bidang Satellite-Based Augmentation System (SBAS) dan Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS). Bengkel menjadi platform untuk menilai keupayaan teknikal sedia ada, mengenal pasti jurang, perkongsian pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, serta merangka strategi pelaksanaan SBAS di Malaysia.
.
Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) pada hari pertama bengkel berlangsung. Beliau dalam ucapannya menjelaskan inisiatif pembangunan SBAS ini adalah sejajar dengan aspirasi di bawah Teras 2 MSE2030 iaitu menumpukan kepada Pembangunan Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara. Tambah beliau, ini adalah usaha strategik bagi menyediakan perkhidmatan penentududukan dan navigasi berketepatan tinggi untuk menyokong sektor utama negara seperti penerbangan, maritim, pengangkutan, pengurusan bencana, pertanian pintar, pembangunan infrastruktur dan ekonomi digital.
.
Turut diadakan sesi perkongsian pengalaman dan pembentangan amalan terbaik pelaksanaan SBAS di peringkat antarabangsa oleh pakar SBAS dari Sepanyol, Dr. Jose Caro, bersama delegasinya.
.
Bengkel telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 21 – 23 Julai 2026.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content