MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah berlangsung pada 20 Julai 2026, Kuching, Sarawak.
.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Encik Ramzi bin Abdillah, Pengarah DBKU, disaksikan oleh YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) dan YBhg. Dato’ Haji Hilmy bin Haji Othman, Datuk Bandar DBKU.
.
Kerjasama ini memberi tumpuan kepada pembangunan serta pengoperasian sistem aplikasi berasaskan teknologi angkasa meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing), GIS, GPS dan ICT.
▪️mempertingkatkan keupayaan dalam aspek perancangan, pembangunan, pengurusan, kawalan serta pemantauan tadbir urus bandar, khususnya melibatkan infrastruktur, keselamatan, pelesenan dan percukaian.
▪️penggunaan data spatial dan imej satelit yang dikemas kini secara hampir masa nyata (near real-time) menyokong proses membuat keputusan yang lebih tepat, pantas serta berkesan.
▪️tindakan penguatkuasaan yang proaktif, cekap dan berfokus
MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
.
Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi dan Kerajaan Negeri.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content