MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima lawatan delegasi TÜBİTAK Space Technologies Research Institute (TÜBİTAK UZAY) ke Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA, Banting, Selangor, 18 Jun 2026. Delegasi diketuai oleh Mr. M. Mehmet Nefes, Director, TÜBİTAK UZAY.
.
Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama dalam teknologi angkasa meliputi pembangunan satelit; eksplorasi lunar; perkhidmatan AIT dan navigasi; serta ⁠pembangunan kepakaran.
.
Delegasi turut dibawa melawat ke Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT) bagi melihat pengoperasian dan perkhidmatan yang diberikan. AIT merupakan 𝘰𝘯𝘦 𝘴𝘵𝘰𝘱 𝘤𝘦𝘯𝘵𝘳𝘦 bagi pembangunan dan pembinaan satelit serta menawarkan perkhidmatan pengujian. Fasiliti ini menarik minat industri tempatan dan juga luar negara bagi mendapatkan perkhidmatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content