Pelancaran sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐๐๐ซ๐ญ๐ก ๐๐ฎ๐ซ๐๐๐๐ ๐๐๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ฒ ๐๐จ๐ง๐ข๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ฒ๐ฌ๐ญ๐๐ฆ๐ฌ (๐๐๐๐๐๐) yang disempurnakan oleh Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor, diiringi bersama-sama oleh YBhg. Datoโ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan YBrs. Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
.
SESAMS dibangunkan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara MYSA dan LUAS yang dimeterai pada 10 Ogos 2024. Sistem teknologi angkasa ini meliputi teknologi penderiaan jauh (remote sensing); Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)]; Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
.
SESAMS menyokong operasi LUAS khususnya dalam aspek:

pemantauan aktiviti penggunaan tanah terutamanya yang melibatkan aspek kawasan badan air;

mengenal pasti kawasan berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air di negeri Selangor;

keberkesanan penguatkuasaan; dan

menyokong kepada proses membuat keputusan berasaskan data.
.
Projek SESAMS dalam pengurusan sumber air negeri Selangor ini adalah seiring dengan komitmen MYSA untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat di bawah Teras 2 dalam Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) iaitu Menumpukan kepada Teknologi, Infrastruktur dan Aplikasi Angkasa yang Signifikan kepada Negara.


.
Pelancaran berlangsung sempena program Sambutan Hari Air Sedunia 2026 Peringkat Negeri Selangor & Hari Rendah Karbon, anjuran LUAS bertempat di Pantai Kelanang, Kuala Langat, Selangor pada 13 Jun 2026.
.
Angkasa untuk Semua | Space for All