MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima lawatan lebih 20 syarikat dan pemain industri sektor angkasa dari Jepun ke Kompleks Teknologi Angkasa (KTA), Agensi MYSA, Banting, Selangor, 19 Mei 2026. Delegasi disambut oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA.
.
Hadir sama, YBhg. Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed, Presiden Malaysian Space Industry Consortium (MASIC); Dr. Naoko Sugita, Space Technology Directorate I, Japanese Aerospace Exploration Agency (JAXA); dan Mr. Takehiro Nakamura,
JAXA Bangkok Office.
.
Delegasi dibawa melawat ke Fasiliti Kawalan Misi (FKM) dan Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT). Fasiliti AIT merupakan sebuah makmal bagi menjalankan pengujian ke atas satelit sebelum satelit dilancarkan. FKM dibangunkan khusus bagi perkhidmatan pengoperasian misi angkasa meliputi telemetri, penjejakan dan kawalan. Kedua-dua fasiliti yang tersedia ini menarik minat industri tempatan dan juga luar negara bagi mendapatkan perkhidmatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.
.
Lawatan sempena program TECHNOMART Malaysia-Japan: SpaceTech Collaboration II: Small Satellite Development & Earth Observation.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content