Sekitar Cerapan hilal bagi penentuan Syawal 1447H telah diadakan pada 19 Mac 2026, bertempat di Pemandangan Indah, Langkawi, Kedah. Lokasi tersebut merupakan salah satu daripada 29 lokasi cerapan di seluruh Malaysia.
Pasukan Observatori Negara Langkawi (ONL) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dilantik oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Rukyah Negeri Kedah. MYSA berperanan memberi khidmat teknikal dalam melaksanakan pencerapan hilal dengan menggunakan instrumentasi teleskop.
.
Kali ini, MYSA turut terlibat menjayakan siaran langsung Cerapan Anak Bulan Syawal anjuran JAKIM menerusi lintas langsung dari lokasi tersebut.