MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Teknologi Angkasa Tingkat Kecekapan dan Penyampaian Perkhidmatan Tadbir Urus Tanah Jempol. Sesi Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Jempol Land Monitoring and Information System (JLMIS) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (PDTJL) telah berlangsung pada 28 Disember 2025 di Dataran Nilai, Negeri Sembilan.
.
Sesi pertukaran ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA dan YBrs. Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan, serta disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama YBhg. Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
.
📌Melalui kerjasama strategik ini, MYSA dan PDTJL telah membangunkan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa iaitu JLMIS yang menyokong operasi PDTJL khususnya dalam aspek:
▪️mengenal pasti kedudukan dan fizikal tanah di tapak/ lokasi;
▪️memantau/ mengawal selia kegiatan/ aktiviti penggunaan tanah semasa;
▪️memantau/ mengawal selia aktiviti penerokaan tanah Kerajaan; serta
▪️penjanaan laporan pemantauan tanah.
📌Pembangunan JLMIS bagi memperkasa dan meningkatkan kecekapan tadbir urus tanah ini adalah seiring dengan komitmen MYSA merakyatkan teknologi angkasa dan menerajui pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
.
Sesi pertukaran telah diadakan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanah Negara 2025 Peringkat Negeri Sembilan @ NS Fest.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content