MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Memupuk semangat dan budaya inovasi dalam kalangan warga MYSA di Seminar Inovasi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 2025. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA pada 22 Oktober 2025, bertempat di Dewan Seminar MYSA, Kuala Lumpur.
▪️Inovasi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Kita perlu berani mencuba perkara baharu, berfikir di luar kebiasaan, dan mencari penyelesaian yang lebih baik dalam setiap tugasan.
▪️Inovasi bukan sahaja tentang mencipta sesuatu yang baharu, tetapi juga menambah baik apa yang sedia ada.
▪️Kadangkala, perubahan kecil dalam cara bekerja, komunikasi, atau pengurusan masa mampu memberi impak besar terhadap keberkesanan kerja dan produktiviti.
.
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 menekankan kepentingan penghasilan inovasi yang memberi impak kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Setiap inisiatif inovasi yang dilaksanakan bukan sahaja memperkukuh usaha MYSA di peringkat agensi, malah turut menyokong aspirasi nasional agar manfaatnya dirasai oleh rakyat dan menyumbang kepada kemajuan negara.
Skip to content