MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) bermatlamat untuk negara beralih daripada pengguna kepada pencipta dan penyedia teknologi angkasa. Bagi mencapai matlamat itu, satu pelan tindakan telah diwujudkan iaitu Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030).
.
Bengkel Kumpulan Kerja Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) telah diadakan pada 22 September 2025, Putrajaya. Perasmian dan penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Bengkel ini memberi tumpuan kepada:
▪️Membincangkan status pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah MSE2030.
▪️Mendapatkan input serta maklum balas daripada ahli kumpulan kerja.
.
Kumpulan kerja yang terdiri daripada pegawai-pegawai penyelidik MYSA ini berperanan untuk mengatur, merancang dan melaksanakan gerak kerja serta sesi perbincangan bersama pihak berkaitan.
📌MSE2030 menggariskan 15 strategi, 27 inisiatif, 76 aktiviti utama dan 92 petunjuk utama prestasi (KPI) KPI sehingga tahun 2030.
📌Merangkumi semua elemen pembangunan sektor angkasa iaitu segmen angkasa, segmen bumi, segmen pengguna dan segmen penjanaan ilmu.
📌Terbahagi kepada tiga (3) kategori tempoh masa pelaksanaan iaitu jangka pendek (2023), jangka sederhana (2024 – 2026) dan jangka panjang (2027 – 2030).
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content