MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

Bengkel e-SMART bersama dengan nelayan pesisir pantai sekitar Kudat, Sabah. Anjuran Ko-Nelayan dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bertempat di Kompleks Ko-Nelayan Wilayah Kudat, Sabah, 12 September 2025. Bengkel memberi pendedahan awal kaedah penggunaan teknologi angkasa untuk menangkap ikan.
.
𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐄𝐥𝐞𝐜𝐭𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐌𝐨𝐛𝐢𝐥𝐞 𝐀𝐫𝐭𝐢𝐬𝐚𝐧𝐚𝐥 (𝐅𝐢𝐬𝐡𝐞𝐫𝐦𝐞𝐧) 𝐑𝐞𝐦𝐨𝐭𝐞 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 (𝐞-𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓):
📌berteraskan teknologi angkasa meliputi:
▪️Teknologi penderiaan jauh (remote sensing);
▪️Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)];
▪️Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan
▪️Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
📌membekalkan maklumat seperti lokasi potensi penangkapan ikan, keadaan cuaca, ketinggian ombak, jarak ke lokasi, maklumat air pasang surut dan lain lain lagi sebelum turun ke laut untuk menangkap ikan.
📌membantu mentransformasikan nelayan dalam pengurusan aktiviti menangkap ikan harian dan menjadikan operasi lebih tersusun.
📌sistem dibangunkan secara bersama oleh MYSA dan Ko-Nelayan.
.
MYSA komited menyusun strategi pembangunan sektor angkasa negara termasuklah mengoptimumkan penggunaan teknologi angkasa bagi tujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Ini dilaksanakan melalui usaha membangun dan melaksana projek-projek sistem aplikasi yang berteraskan teknologi angkasa melalui kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan.
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content