Malaysia melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengumumkan bahawa Mesyuarat Kabinet pada 25 Jun 2025 telah bersetuju bagi Negara menyertai Triti Angkasa di bawah United Nations Committee on the Peaceful Uses of Outer Space (UNCOPUOS) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Β
Dua (2) daripada lima (5) Triti Angkasa yang akan diratifikasi dan disertai adalah ππ³π¦π’π΅πΊ π°π― ππ³πͺπ―π€πͺπ±ππ¦π΄ ππ°π·π¦π³π―πͺπ―π¨ π΅π©π¦ ππ€π΅πͺπ·πͺπ΅πͺπ¦π΄ π°π§ ππ΅π’π΅π¦π΄ πͺπ― π΅π©π¦ ππΉπ±ππ°π³π’π΅πͺπ°π― π’π―π₯ ππ΄π¦ π°π§ ππΆπ΅π¦π³ ππ±π’π€π¦, ππ―π€ππΆπ₯πͺπ―π¨ π΅π©π¦ ππ°π°π― π’π―π₯ ππ΅π©π¦π³ ππ¦ππ¦π΄π΅πͺπ’π ππ°π₯πͺπ¦π΄ (πππ 1967) dan ππ°π―π·π¦π―π΅πͺπ°π― π°π― ππ¦π¨πͺπ΄π΅π³π’π΅πͺπ°π― π°π§ ππ£π«π¦π€π΅π΄ ππ’πΆπ―π€π©π¦π₯ πͺπ―π΅π° ππΆπ΅π¦π³ ππ±π’π€π¦ (πππ 1975).
Β
Ia adalah lanjutan daripada penguatkuasaan penuh Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 1 Januari 2025 di mana negara telah mempunyai struktur perundangan angkasa domestik yang holistik dan meyakinkan untuk Kerajaan (melalui MOSTI) menyertai Triti Angkasa tersebut selaras kepentingan pembangunan industri angkasa negara.