MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2025-06-23)
Selamat bersara.
.
Rakaman setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Azmah binti Ali, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa (BKT) atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti. Beliau bersara wajib pada 23 Jun 2025.
.
Sesi clock-out telah diadakan di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur (19 Jun 2025) dan di Kompleks Teknologi Angkasa, MYSA Banting (20 Jun 2025). Turut diadakan, sesi penyerahan Nota Serah Tugas P(KT) kepada YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi), MYSA.
.
Sepanjang hampir 30 tahun perkhidmatan sejak 1 September 1995, beliau telah memegang pelbagai portfolio penting.
▪️1 September 1997- Ketua Bahagian Pembangunan Perkakasan (HD)
▪️April 2016 – Pengarah Bahagian Penerimaan Data Remote Sensing (BD);
▪️Tahun 2019 – Pengarah Bahagian Penerimaan dan Pengedaran Data Remote Sensing (BPD); dan
▪️September 2021, Pengarah Bahagian Kejuruteraan dan Teknologi Angkasa (BKT).
.
Keupayaan beliau mengurus pelbagai bahagian ini mencerminkan tahap profesionalisme, komitmen serta kebolehpercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
.
Semoga terus dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kesejahteraan.
.
Terima kasih YBrs. Puan Azmah binti Ali. Jasamu sentiasa dikenang.
Skip to content