MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2025-04-23)
Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) 1446H/2025M telah berlangsung di Ibu Pejabat MYSA, Kuala Lumpur pada 22 April 2025. Membawa tema Menggamit Syawal Tradisi, majlis disambut sederhana namun meriah dengan semangat kekeluargaan dan kebersamaan seluruh warga MYSA.
.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah MYSA. Turut serta, YBrs. Encik Samsudin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, (Penyelidikan dan Pembangunan) MYSA; YBhg. Datin Hajah Norazah binti Jamaluddin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil MYSA.
.
Pengisian program termasuk tayangan video raya setiap bahagian, pertandingan gerai paling merah, pakaian klasik terbaik lelaki & wanita serta kuiz jalinan mesra Aidilfitri. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin terus kukuh, erat dan bekerjasama dalam satu pasukan mencapai matlamat organisasi. Program anjuran Kelab MYSA dengan kerjasama PUSPANITA MYSA.
Skip to content