MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), telah menghadiri 7th International Space Forum at Ministerial Level – The Southeast Asian Chapter 2025 (ISF 2025) pada 4 Disember 2025 bertempat di Shangri-La The Fort, Manila, Filipina.
.
Persidangan ISF yang bermula sejak tahun 2016 merupakan inisiatif oleh International Astronautical Federation (IAF) dengan kerjasama Italian Space Agency (ASI). Ia bertujuan menjadi platform perbincangan dan perkongsian mengenai pembangunan teknologi angkasa dalam mendepani cabaran global, di samping memperkukuh hubungan dan kerjasama antarabangsa dalam ekosistem angkasa.
Skip to content