MINISTRY OF SCIENCE AND TECHNOLOGY

(Last Updated On: 2024-01-05)
SISTEM APLIKASI BAHARU

Sehingga 2023, MYSA telah membangunkan dan mengoperasikan sebanyak 55 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang dimanfaatkan oleh lebih daripada 90 agensi pengguna dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perikanan, perhutanan, sumber asli dan alam sekitar, pemantauan tanah dan sebagainya.

.
Pada tahun 2023, MYSA telah berjaya melancarkan penggunaan sepenuhnya lima sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang baharu iaitu:-

๐—ถ. ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—Ÿ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฝ๐˜‚๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐—ฎ (๐—ฒ-๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐—ฎ)
Sistem ini berfungsi sebagai platform untuk membantu agensi berkaitan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau dan membanteras kewujudan lokasi pembuangan sisa haram dari semasa ke semasa menggunakan imej satelit beresolusi tinggi. Sistem ini mengandungi maklumat lokasi pelupusan sisa bagi tiga kategori iaitu bukan kawasan berpotensi, tiada sisa namun berpotensi dan lokasi pembuangan sisa.

.
๐—ถ๐—ถ. ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—š๐—ฒ๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—œ๐—”๐——๐—” ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฑ
Sistem ini diibangunkan bagi membantu agensi pertanian mengurus dan memantau penanaman padi secara komprehensif, sistematik dan lebih berkesan secara dalam talian. Sebanyak empat komponen utama terdapat dalam sistem ini iaitu perolehan data satelit, analisis dan penjanaan maklumat data satelit, pembangunan pangkalan data bersepadu serta output dan sebaran maklumat.

Sistem ini mengandungi maklumat keluasan tanaman padi, maklumat profil pesawah, hasil dan pendapatan pesawah yang terkini dan dalam bentuk digital yang lebih sistematik.

.
๐—ถ๐—ถ๐—ถ. ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฎ๐˜๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‚ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฒ-๐—จ๐—ป๐—ถ๐—ณ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ)
Sistem aplikasi e-Unified adalah hasil kerjasama antara MYSA, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang (PTG Pahang) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK Pahang).

Objektif sistem ini adalah untuk membangun dan mengoperasi sistem aplikasi dan pangkalan data berteraskan teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan bagi memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan tanah di Negeri Pahang dengan lebih menyeluruh, cekap dan berkesan.

.
๐—ถ๐˜ƒ. ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—š๐—ฒ๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—Ÿ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐—๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ)
Sistem ini adalah kesinambungan dari Sistem MakGeoPadi di 12 jelapang padi negara apabila sistem ini memfokuskan kawasan luar jelapang padi negara dengan Negeri Perak sebagai negeri perintis. Sistem ini mempunyai empat komponen utama iaitu perolehan data satelit, analisis dan penjanaan maklumat data satelit, pembangunan pangkalan data bersepadu serta output dan sebaran maklumat.

.
๐˜ƒ. ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—”๐—ฝ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—š๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ธ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—•๐—ก๐—  ๐—š๐—ฒ๐—ผ๐˜€๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—น ๐—ฆ๐˜†๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ)
Sistem ini dibangunkan untuk kegunaan Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank lain yang berkaitan dibawah seliaan BNM yang berfungsi membantu pengguna untuk mengakses maklumat bagi tujuan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan lokasi ibu pejabat BNM, Pejabat Wilayah atau cawangan BNM dan lokasi-lokasi agen bank, bank, Money Services Business (MSB) dan mesin ATM di samping keperluan lain oleh agensi yang berkaitan.

Sistem ini akan dapat membantu dalam pengurusan dan perancangan perbankan berteraskan terknologi angkasa, remote sensing, GIS dan ICT dan seterusnya akan dapat menjimatkan masa, mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti.

.
#MYSAย #MOSTI
#merakyatkansainsย #menginsankanteknologiย #MengarusperdanakanInovasiย 

Skip to content