Sertai sesi khas webinar mengenai Pengukuhan Tadbir Urus Angkasa Global! 🛰️🌍

Sesi ini akan menampilkan Puan Rosanna Deim-Hoffmann, Ketua Projek Undang-Undang Angkasa Global dan Setiausaha Kumpulan Kerja mengenai Aspek Perundangan Aktiviti Sumber Angkasa United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) yang akan berkongsi pandangan serta pengalaman berharga dalam bidang perundangan angkasa. 👩‍🏫✨

Webinar ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai kerangka tadbir urus angkasa antarabangsa serta perkembangan terkini dalam aspek perundangan aktiviti angkasa. Program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui peranan penting komuniti global dalam memastikan penggunaan angkasa lepas yang selamat, bertanggungjawab dan mampan. 🌐🚀

Program ini amat sesuai untuk mereka yang berminat dalam Undang-Undang Angkasa, peranan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hal Ehwal Angkasa Lepas (UNOOSA), serta pertandingan berprestij Manfred Lachs Space Law Moot Court. 📘⚖️

📅 Tarikh: 25 November 2025 (Selasa)
⏰ Masa: 4:10 PM
🔴 LIVE di: Facebook & YouTube Malaysia Space Law Moot Court

Skip to content