Transformasi sekolah luar bandar bermula di sini. Membangun Malaysia MADANI menerusi inisiatif program Sekolah Angkat MADANI (SAM).
.
YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), turun padang meninjau status pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI (SAM) MYSA 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mustaffa (SDM), Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor, 14 Ogos 2026.
.
Lawatan ini mencerminkan komitmen MYSA dalam memastikan setiap perancangan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat nyata kepada warga sekolah daripada naik taraf prasarana, perolehan aset, hinggalah kepada pengisian STEM dengan mengetengahkan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) berkaitan angkasa. Fokus SAM MYSA 2026:
▪️Naik taraf prasarana: Dewan Utama, bilik seminar dan makmal ICT
▪️Perolehan aset: Televisyen, meja, kerusi, kipas dan peralatan siar raya
▪️STEM & akademik: Program motivasi serta aktiviti STI angkasa bagi menyemai minat dan inspirasi pelajar terhadap dunia sains dan teknologi angkasa.
.
YBhg. Dato’ Ketua Pengarah MYSA dibawa melawat dewan utama sekolah, bilik seminar, bilik darjah, bengkel asas roti bagi pembelajaran PPKI dan asrama sekolah. Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Haji Shabuddin bin Muanam, Timbalan Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sabak Bernam; YBrs. Puan Hajah Nor Khizan binti Dulah, Pengetua SDM; dan YBhg. Dato’ Mohamad Radzi bin Abdul Mutalib, YDP PIBG SDM.
.
Semoga usaha ini dapat memperkukuhkan prasarana sekolah, meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar serta melahirkan generasi celik STEM, berdaya saing dan berani mengimpikan masa depan.
.
Angkasa bukan milik segelintir, angkasa adalah untuk semua.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content