Technical Talk MYSA SPACE BUZZ dengan topik Sistem Koordinat GDM2000 yang dibentangkan oleh pegawai daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), bertempat di Dewan Seminar, Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur pada 23 April 2025.
.
GDM2000 berfungsi sebagai asas untuk data geospatial di Malaysia, menyediakan rangka kerja yang boleh dipercayai untuk pemetaan, penentuan kedudukan, dan ukur tanah.
.
Fokus pembentangan meliputi:

Keperluan menerima pakai sistem koordinat GDM2000 bagi pembangunan pangkalan data geospatial

Penerangan proses utama yang terlibat bagi penukaran data-data geospatial dari sistem koordinat sedia ada kepada Sistem Koordinat GDM2000