Pertandingan Peringkat Kebangsaan diadakan untuk mencari pemenang yang menghasilkan pengaturcaraan yang terbaik dalam mengendalikan pergerakan robot yang lancar, tepat dan kemampuan melaksanakan arahan dengan pantas. Misi pada tahun ini adalah bagi menggerakkan robot untuk membantu angkasawan mencari peralatan eksperimen yang hilang di ISS.