TAHNIAH AHLI BAHARU INTERNATIONAL ASTRONOMICAL UNION (IAU) MALAYSIAN CHAPTER 2026

Tahniah kepada lima (5) pakar Malaysia yang diterima sebagai ahli baharu International Astronomical Union (IAU) bagi tahun 2026! 👏

Pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan kepakaran tempatan dalam bidang astronomi dan sains angkasa, malah turut mengangkat nama Malaysia dalam komuniti astronomi antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan bakat saintifik serta kerjasama strategik yang akan terus memacu kemajuan bidang astronomi negara. 🇲🇾 🤝
.
IAU merupakan badan profesional astronomi terulung dunia yang menghimpunkan ahli astronomi dan penyelidik dari lebih 100 negara bagi memperkukuh kerjasama saintifik antarabangsa. Melalui IAU, negara anggota dapat memperluas jaringan kerjasama global, berkongsi kepakaran serta meningkatkan penglibatan dalam penyelidikan dan pembangunan bidang astronomi. 🔭
.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) merupakan agensi rasmi Malaysia (Adhering Organisation) dalam IAU yang bertanggungjawab menyelaras penyertaan dan keahlian negara dalam organisasi tersebut. Pada masa ini, Malaysia mempunyai seramai 33 ahli IAU (Individual Member: 21; Junior Member: 12).

.
#MYSA #MOSTI
#merakyatkansains #menginsankanteknologi #MengarusperdanakanInovasi 

Skip to content