Fenomena Hujan Meteor Perseids

Jangan lupa untuk menyaksikan ✨𝐊𝐄𝐌𝐔𝐍𝐂𝐀𝐊 𝐅𝐄𝐍𝐎𝐌𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐈𝐃𝐒✨
 
Siaran Langsung Cerapan bersama Dark Sky Malaysia jam 8.00 malam ini!
.
Tips yang boleh anda gunakan untuk mencerap malam ni!
 
☄ Pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah.
 
☄ Jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
 
☄ Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lagi gelap lagi bagus.
 
☄ Sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
 
☄ Tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.
.
Untuk dapatkan lebih banyak tips mencerap layari https://falakonline.net/…/peluang-melihat-juraian…/
Selamat mencerap 😍!
Fenomena Hujan Meteor Perseids
Fenomena Hujan Meteor Perseids
☄️𝗙𝗘𝗡𝗢𝗠𝗘𝗡𝗔 𝗛𝗨𝗝𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗧𝗘𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗜𝗗𝗦☄️
 
Orang ramai dijangka akan dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids yang berlaku setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos dan kemuncaknya dijangka akan berlaku lewat malam 12 Ogos hingga awal pagi 13 Ogos 2021.
 
Semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam. Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.
 
Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle. Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.
 
Saksikan cerapan fenomena ini secara langsung di Dark Sky Malaysia pada hari Khamis 12 Ogos 2021, pukul 8.00 malam.
 
* 𝘒𝘰𝘮𝘦𝘵 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘱𝘦𝘫𝘢𝘭 𝘨𝘢𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘢𝘵𝘶𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘣𝘶 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳 𝘢𝘱𝘢𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘰𝘳𝘣𝘪𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵𝘪 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪.
 
* 𝘒𝘰𝘮𝘦𝘵 𝘚𝘸𝘪𝘧𝘵-𝘛𝘶𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘱𝘦𝘳𝘵𝘢𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘥𝘪𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶𝘯 1862 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘓𝘦𝘸𝘪𝘴 𝘚𝘸𝘪𝘧𝘵 𝘥𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘢𝘤𝘦 𝘛𝘶𝘵𝘵𝘭𝘦.
 
* 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘦𝘶𝘴 𝘪𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘪𝘵 𝘶𝘵𝘢𝘳𝘢. 𝘐𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘦𝘵𝘢𝘬 𝘥𝘪 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘈𝘶𝘳𝘪𝘨𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘳𝘶𝘫 𝘊𝘢𝘴𝘴𝘪𝘰𝘱𝘦𝘪𝘢. 𝘔𝘪𝘳𝘧𝘢𝘬, 𝘣𝘪𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪 𝘗𝘦𝘳𝘴𝘶𝘦𝘴, 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘴𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢𝘩𝘢𝘳𝘪.
.