TM SOLSTIS JUN PADA 21 JUN 2026
TM A SOLSTIS JUN PADA 21 JUN 2026
TM B SOLSTIS JUN PADA 21 JUN 2026
Solstis Musim Panas atau Solstis Jun akan berlaku tepat pada 21 Jun 2026, 4:24 petang waktu Malaysia. Pada waktu ini, Matahari akan berada pada kedudukan paling utara bagi tahun ini, apabila dilihat dari Bumi. Ini berlaku kerana paksi Bumi yang condong sekitar 23.5 darjah. Laluan matahari pada kedudukan ini juga menjadi penanda bagi Garisan Sartan atau juga dipanggil sebagai “Tropic of Cancer” dalam Bahasa Inggeris.
 
Solstis ialah fenomena astronomi tahunan yang berlaku disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi semasa mengorbit Matahari. “Solstis” berasal daripada perkataan Latin, iaitu “Sol” bermaksud Matahari dan “Sistere” bermaksud berhenti.
 
Setiap tahun, terdapat dua kali Solstis yang berlaku iaitu Solstis Jun (sekitar 20–22 Jun) dan Solstis Disember (sekitar 20–23 Disember).
 
𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗞𝗜
▪️Garisan Sartan (Tropic of Cancer) – Garisan latitud yang terletak pada 23.5° Utara dari Khatulistiwa. Ia merupakan garisan lintang paling utara ketika matahari boleh berada tepat di ruang udara (titik zenith) pada waktu tengah hari. Fenomena ini berlaku semasa Solstis Jun dan musim panas di Hemisfera Utara.
▪️Garisan Jadi (Tropic of Capricorn) – Garisan latitud yang terletak pada 23.5° Selatan dari Khatulistiwa. Ia merupakan garisan lintang paling selatan ketika matahari boleh berada tepat di ruang udara pada waktu tengah hari. Fenomena ini berlaku semasa Solstis Disember iaitu musim sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan.
 
Skip to content