(Last Updated On: 2024-06-11)
🌐🎣Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) yang berteraskan teknologi angkasa seperti remote sensing, sistem maklumat geografi (GIS) dan ICT telah dapat membantu para nelayan mengenal pasti lokasi-lokasi yang berpotensi untuk penangkapan ikan serta menjimatkan kos operasi (minyak dan masa).
.
🤝Sistem FSI dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi kawasan Perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Maklumat lanjut di fsi.mysa.gov.my
.
✅🛰️Banyak faedah diperolehi menerusi teknologi angkasa. MYSA akan terus komited bekerjasama dengan mana-mana agensi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.
.
Jom tonton sama-sama!
Video: YBM MOSTI Chang Lih Kang
Skip to content