(Last Updated On: 2024-02-26)
MYSA akan terus komited menyediakan perkhidmatan data satelit remote sensing, perkongsian kepakaran dan pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat. Penerimagunaan teknologi ini di pelbagai peringkat agensi Kerajaan sekaligus dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sumber perbelanjaan negara.
.
Pengiktirafan yang telah diterima ini akan terus menjadi pemangkin semangat untuk memikul amanah dan tanggungjawab Berkhidmat Untuk Negara dengan sebaiknya.
𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂𝗮𝗻 𝗣𝗼𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝗮 (𝗲-𝗦𝗶𝘀𝗮)
e-Sisa di bangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dengan Kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
 
Sistem ini berfungsi sebagai platform untuk membantu agensi berkaitan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam memantau dan membanteras kewujudan lokasi pembuangan sisa haram dari semasa ke semasa menggunakan imej satelit beresolusi tinggi.
 
Sistem ini mengandungi maklumat lokasi pelupusan sisa bagi tiga kategori iaitu bukan kawasan berpotensi, tiada sisa namun berpotensi dan lokasi pembuangan sisa.
 
Sistem e-Sisa telah memenangi Anugerah Gangsa Web Contest-(WEBCON) Peringkat Asia. Penganugerahan ini dianjurkan sempena Persidangan Remote Sensing Asia (Asian Conference on Remote Sensing-ACRS) kali ke-44 di Taipei pada 30 Oktober hingga 3 November 2023. Pertandingan ini turut melibatkan penyertaan daripada 17 buah negara rantau Asia lain termasuk Jepun, Australia, India, Indonesia,China, dan Singapura.
 
 
E SISA BY MOSTI FEB 2024
Skip to content