Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) terus memperkasa inovasi melalui pembangunan sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang memanfaatkan teknologi penderiaan jauh (remote sensing); Sistem Maklumat Geografi [Geographical Information System (GIS)]; Sistem Penentududukan Sejagat [Global Positioning System (GPS)]; dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi [Information and Communication Technology (ICT)].
Inisiatif ini merupakan kerjasama MYSA bersama dengan pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi bagi menyokong operasi yang lebih cekap serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Berikut adalah sistem aplikasi terbitan teknologi angkasa yang telah dibangunkan pada tahun 2025:
 
1️⃣MRT Line Monitoring System
▪️Pemantauan berkala di lokasi Zon Perlindungan Keretapi (ZPK), cerun, dan kawasan berpotensi banjir di sepanjang Laluan Transit.
▪️Kerjasama antara MYSA dengan MRT Corp.
 
2️⃣Space Technology for ECER Land Leveraging & Analytics for Regeneration (STELLAR)
▪️Menyokong perancangan serta pemantauan projek ECERDC dalam pelbagai sektor seperti pertanian, perikanan, pelancongan dan alam sekitar.
▪️Kerjasama antara MYSA dengan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
 
3️⃣Selangor Earth Surface Activity Monitoring Systems (SESAMS)
▪️ Pemantauan aktiviti penggunaan tanah terutamanya yang melibatkan aspek kawasan badan air; dan kawasan berpotensi menyumbang kepada pencemaran sumber air di negeri Selangor.
▪️Kerjasama antara MYSA dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).
 
4️⃣MADA Dam Monitoring System (MADAMS)
▪️Pemantauan paras air empangan dan sedimentasi di tiga empangan MADA.
▪️Kerjasama antara MYSA dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
 
5️⃣Integrated Systematic Land Data (ISLAND)
▪️Pemantauan aktiviti projek PKNP seperti perlombongan, perladangan, perindustrian dan hartanah; mengawal selia aktiviti penerokaan; dan
mengenal pasti kedudukan dan fizikal lot tanah.
▪️Kerjasama antara MYSA dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP).
.
Angkasa untuk semua | Space for all
🌎📡🔭🚀🛰️
SISTEM APLIKASI TERBITAN TEKNOLOGI ANGKASA TAHUN 2025
Skip to content