Simposium Diplomasi Angkasa 2026 anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C. dan Secure World Foundation (SWF) telah diadakan di Washington, D.C. Amerika Syarikat pada 13 Oktober 2026. YBrs. Puan Nik Mazlina binti Nik Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan Teknikal dan Operasi) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah dijemput sebagai subject matter expert (SME) dalam sesi firechat bertajuk “Bridging Global Norms and Emerging Aspirations: Asia-Pacific Regulatory Perspective”.
 
Simposium yang dihadiri oleh tetamu diplomatik, agensi Kerajaan, panel pakar dan pemain industri ini mempunyai objektif untuk memperkukuhkan hubungan dua hala, mempromosikan norma kelestarian angkasa lepas, serta memudahcara dialog pelbagai hala.
 
Simposium ini turut menampilkan rakaman mesej YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA melalui video pendek bertajuk Malaysia’s Space Vision yang mengetengahkan pencapaian strategik Malaysia termasuklah penyertaan Malaysia dalam Artemis Accords, serta peranan Malaysia dalam memperkasa ekosistem sektor angkasa di rantau ASEAN dan seterusnya di peringkat global.
.
Angkasa untuk semua | Space for All
🌎📡🔭🚀🛰️
Skip to content