▪️Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperluas meliputi bidang teknologi angkasa selain bidang aeroangkasa, bagi mewujudkan tenaga mahir tempatan yang mampu memenuhi keperluan industri angkasa negara yang kian berkembang.
.
▪️Sektor ini memerlukan ramai tenaga mahir, bukan sahaja jurutera malah juga juruteknik, pakar pemasangan, pengujian, penyelenggaraan dan pelbagai bidang teknikal lain.
.
▪️Pembangunan bakat tempatan menerusi TVET amat bertepatan bagi menyokong sasaran sektor angkasa yang diunjurkan menyumbang sekitar RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan baharu menjelang 2030.
-YBhg. Dato’ Gs. Haji Azlikamil bin Napiah-
Ketua Pengarah MYSA
 
Liputan berita: Astro AWANI
Skip to content