(Last Updated On: 2024-01-22)
Sesi Menandatangani Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah telah berlangsung semasa Majlis Pemasyhuran Kinabalu UNESCO Global Geopark dan Pelancaran Sambutan Jubli Intan Taman-Taman Sabah pada 20 Januari 2024 di Dataran Kota Belud, Sabah. Upacara ini telah disempurnakan oleh YBrs. Gs. Haji Azlikamil bin Napiah, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bersama YBrs. En. Peter Lebar@ Peter Lintar, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah serta disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
.
MoU ini bertujuan untuk membangunkan dan mengoperasikan sistem aplikasi dan pangkalan data yang berteraskan teknologi angkasa dan teknologi berkaitan bagi tujuan memudah dan memantapkan perancangan, pengurusan dan pemantauan di kawasan taman-taman dan simpanan alam semula jadi Sabah dengan lebih cekap dan berkesan.
.
Turut hadir ke majlis adalah YB Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, tetamu-tetamu kehormat Negeri Sabah dan YBrs. Dr. Maklarin bin Lakim, Pengarah Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.
Skip to content