MYSA turut terlibat dalam pameran sempena National Science Challenge (NSC) 2026 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM). Melalui peluang ini, MYSA dapat menyebarluaskan maklumat mengenai peranan dan fungsinya dalam menerajui serta memperkasa pembangunan sektor angkasa negara, di samping memperkenalkan bidang sains dan teknologi angkasa kepada masyarakat.
Penglibatan ini juga memberi ruang kepada para pelajar untuk mengenali MYSA dengan lebih dekat serta memahami bagaimana teknologi angkasa memberi manfaat dalam pelbagai bidang kehidupan dan pembangunan negara.
Semoga perkongsian dan interaksi sepanjang pameran ini dapat mencetuskan rasa ingin tahu, minat dan inspirasi dalam kalangan generasi muda untuk meneroka bidang STEM, khususnya sains dan teknologi angkasa.