(Last Updated On: 2024-01-17)
Satu program lawatan ilmiah serta jaringan kolaborasi dalam bidang sains angkasa oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berlangsung pada 14 Januari 2024.
.
Ahli delegasi yang terdiri daripada pensyarah, pelajar pascasiswazah dan pelajar tahun akhir telah diberi taklimat mengenai ONL serta cadangan penyelidikan yang boleh dijalankan secara bersama. Mereka juga berpeluang untuk melihat Matahari dan mengambil imej nebula menggunakan instrumentasi di ONL.
Skip to content